Penyokong dan pesaing A.S._Roma

Peminat Roma di Stadio Olimpico

Roma merupakan kelab kelima memiliki penyokong teramai di Itali di belakang Juventus, Internazionale, Milan dan Napoli. Sekitar 7% daripada seluruh penyokong Itali menyokong Roma (berdasarkan penyelidikan Doxa Institute-L'Espresso pada April 2006).[54]

Kumpulan ultras Roma ialah Commando Ultrà Curva Sud[55] atau disingkatkan sebagai CUCS. Kumpulan ini ditubuhkan oleh penggabungan kelompok-kelompok kecil. Pada pertengahan 1990an, CUCS telah dirampas oleh kumpulan saingan dan akhirnya berpecah. Sejak itu, Curva Sud Stadio Olimpico dikawal oleh kumpulan sayap kanan[56] termasuk A.S. Roma Ultras, Boys, Giovinezza dan lain-lain. others. Kumpulan tertua, Fedayn tidak terlibat dalam politik dan walau bagaimanapun, politik bukannya identiti utama Roma dan ia hanya sebahagian daripada indentiti keseluruhannya. Selain kumpulan ultras, dipercayai bahawa peminat Roma menyokong sebelah kiri berbanding dengan penyokong Lazio, yang berbangga dengan hubungan sayap kanan mereka.[57] Pada September 2009, kelab ini memperkenalkan rancangan untuk membina stadium baharu yang berkapasiti 55,000 di bahagian barat pinggir bandar Rom.

Antara lagu popular yang sering kedengaran di stadium ialah "Roma (non-si discute, si ama)", atau dikenali sebagai "Roma Roma",[58] oleh penyanyi Antonello Venditti. Tajuknya lebih kurang seperti ini, "Roma tidak perlu dipersoalkan, ia untuk dicinta," dan ia sering dinyanyikan sebelum perlawanan. Lagu "Grazie Roma", juga dicipta oleh penyanyi sama yang berlangsung ketika penghujung perlawanan. Kini, lagu "Seven Nation Army" nyanyian The White Stripes semakin popular ketika perlawanan berlangsung.[59]

Dalam bola sepak Itali, Roma merupakan sebuah kelab yang mempunyai banyak pesaing atau disebut sebagai musuh. Pesaing pertama atau yang paling terkenal ialah Lazio dan lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan ini berkongsi satu stadium sama iaitu Stadio Olimpico. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Capitale, antara pertembungan bola sepak paling hangat dan beremosi di dunia. Perlawanan ini telah menyaksikan beberapa kes keganasan pada masa lalu termasuklah kematian seorang penyokong Lazio, Vincenzo Paparelli ketika musim 1979–80 dan menyebabkan suar kecemasan terpaksa dibakar dari Curva Sud. Dan contoh yang lain ialah perlawanan kedua-dua pasukan ini terpaksa dibatalkan pada Mac 2004 akibat khabar angin yang tidak berasas mengatakan kematian berpunca daripada keganasan yang berlaku di luar stadium.[60]


Roma juga mempunyai permusuhan dengan Napoli dalam Derby del Sole, yang bermaksud "Pertembungan Matahari".[61] Kini, peminat-peminat Roma mula meletakkan gergasi Serie A seperti Juventus (permusuhan bermula pada 1980an), Milan dan Internazionale (semakin panas pada tahun-tahun kini) sebagai pesaingnya supaya dapat mencabar tiga tempat ke slot Liga Juara-Juara.

Terdapat juga beberapa contoh konflik sejak beberapa tahun kebelakangan ini di antara penyokong Roma dan kelab Inggeris serta keganasan yang berlaku di luar stadium menyaksikan beberapa peminat Liverpool ditikam.[62] Sejak itu, beberapa contoh peminat Inggeris diserang atu ditikam di Rom termasuk peristiwa 2001 apabila Liverpool melawat Roma dua kali dan berikutnya dengan peminat Middlesbrough pada 2006 serta dengan peminat Manchester United pada 2007. Pada Mac 2009, sebuah gerabak membawa seorang peminat Arsenal ke tempat lebih selamat selepas peminat itu diserang oleh sekumpulan ultras Roma sejurus berada di luar stadium. Tingkap gerabak itu juga pecah dan membabitkan ramai orang cedera.[63][64]

Rujukan

WikiPedia: A.S._Roma http://www.123football.com/clubs/italy/roma/index.... http://m.bleacherreport.com/articles/1730264-why-r... http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/s... http://investing.businessweek.com/businessweek/res... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.europeancuphistory.com/euro84.html http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-a... http://www.footballderbies.com/index.php?country=2 http://www.footballinitaly.com/roma.html http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=680854&...